Profil Madrasah


                                  PROFIL MADRASAH


Nama asal MADRASAH TAHFIZ AL QURAN HIDAYATUL MUTTAQIN ( MTAQHM ) ialah
Madrasah Tahfiz Al Quran Shah Alam.

Dengan izin Allah s.w.t , MTAQHM untuk  lelaki ( Banin ) telah dibuka dengan rasminya pada bulan
Januari 2006 sementara  MTAQHM untuk perempuan ( Banat ) pada bulan Jun tahun yang sama.

Inisiatif untuk membuka MTAQHM untuk lelaki dan perempuan didorong oleh permintaan tinggi dari 
pihak ibubapa yang menyedari akan kepentingan mempelajari Al Quran dan ilmu agama untuk 
anak-anak mereka disamping kesukaran untuk mencari tempat-tempat yang sesuai dikawasan bandar.

Terkini madrasah untuk lelaki berada di Seksyen 13,Taman Tadisma Seksyen 13,  Shah Alam.
Jumlah keseluruhan pelajar lelaki ialah 96 orang dan 6 orang ustaz.
Pelajar – pelajar perempuan pula ditempatkan di  perumahan D’ Kayangan, Seksyen 13 Shah Alam dengan jumlah pelajar seramai 98 orang dan 6 orang Ustazah.

MTAQHM  adalah tempat pengajian / hafazan Al Quran dan Alim/Alimah sepenuh masa. Walaubagaimanapun  pihak pengurusan ada menyediakan kelas - kelas fardhu ain setiap Jumaat merangkumi pelajaran  Feqah, Jawi, Tajwid dan Adab - Doa untuk kelas tahap 1 – tahap 6 untuk  pelajar  
pengajian / hafazan Al Quran.

Setelah beroperasi selama 17 tahun, jumlah pelajar yang telah  mengkhatamkan 30 juzu'  Al Quran  
ialah seramai  15 orang pelajar lelaki dan 77 orang pelajar perempuan  sementara yang telah berjaya mendapat SIJIL SYAHADAH ialah seramai  29 orang sahaja.

Semua pengurusan dan penyelenggaraan Madrasah bergantung pada yuran bulanan para pelajar.
Tetapi oleh kerana ramai yang tidak mampu membuat pembayaran, maka jumlah kutipan bulanan tidak mencukupi untuk menaik taraf madrasah dan keperluan pelajar - pelajar nya.

Demi masa depan pelajar - pelajar MTAQHM , pihak pengurusan madrasah amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan ( makanan / pembiayaan yuran bulanan pelajar-pelajar yang tidak mampu/ wang tunai ) dari pihak - pihak yang prihatin.Semua sumbangan Dato'/Datin/Tuan/Puan pasti mendapat ganjaran dari Allah s.w.t dan pasti menjadi saham Dato' / Datin / Tuan /Puan di akhirat kelak.

Sumbangan Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh disampaikan kepada
MUDIR  Hj Abdul Aziz Bin Haji Ramli ( 019 - 6414893 ) 
MUDIRAH  Hajah Siti Zaleha Bt Abdul Malek  (017 – 6774548)
 atau dimasukkan dalam akaun MTAQHM atas nama : KELAS AGAMA HIDAYATUL MUTTAQIN

                                                NO AKAUN CIMB                                : 860 082 7809
                                                NO AKAUN MAYBANK                      : 5627 3110 8747

* Sila maklumkan kepada Mudir / Mudirah apabila membuat sumbangan.  
   “ JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA "      
                                                                                                               
                                        

No comments:

Post a Comment